jika anda ada mengalami masalah komplikasi ini lebih baik amalkan petua di bawah ini.
Sebelum kita pergi ke petua saya ulas sedikit fakta pengenai komplikasi ini dulu.
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan cara-cara rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.
Tip dan Rawatan Tradisional
Petua atau tip ini diambil dari mereka yang sudah mencubanya.
Iaitu ambil tombong kelapa (bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya) dan minum air perahannya.
Amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi.
Alhamdulillah mereka yang mengamalkannya sudah kembali sihat seperti biasa.
Cara memprosesnya:
1- Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah cukup.
2- Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh.
(Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil),
tetapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.
Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum airnya atau makan.
Amalkan sehingga 7 -14 hari.
Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah.(Pastikan amal setiap pagi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan