Nuffnang Ads

Isnin, 18 Januari 2016

Tip paru-paru berair


Penyakit paru-paru berair di kenali juga dalam bahasa saintifik nya sebagai ' Pneumonia'. Paru-paru berair sejenis penyakit radang paru-paru. Penyakit paru-paru berair bolih berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan bakteria, virus, fungi atau parasit.

Paru-paru berair bermakna berlaku takungan darah dalam paru-paru. Ia di sebut 'Palmonary edema'. Tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlakunya takungan itu dan jumlah darah yang bertakung.

Symtom-symtom yang biasa di kaitkan dengan paru-paru berair termasuk, batuk, sakit dada, demam dan nafas berbunyi seperti mereka di serang lelah.

Jika takungan berlaku  dalam jangkawaktu panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak bolih berbaring mendatar.  Juga sering terbangun waktu malam kerana terbatuk dan tersedak.

Selain dari itu boleh juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.

Paru-paru berair biasanya berpunca daripada masaalah jantung/kegagalan jantung dan:

- Penyakit jantung koronari.
- Penyakit injap jantung mitral yang sempit.
- Penyakit injap aorta yang bocor.
- Masaalah jantung berlubang yang berpanjangan.
- Penyakit radang dinding jantung (kardiomyopati).
- Kekurangan darah merah yang teruk.
- Kegagalan buah pinggang.
- Kerosakkan hati yang kronik.
- Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara introvena.
- Penyakit tiroid yang terlalu aktif.

Petua mengubatinya:
Madu Lebah & Telur Puyuh

Caranya:(1)

Campurkan telur puyuh dengan madu lebah ( dapatkan madu asli)( 1~ 2 camca ) dan kacau sehingga sebati.

Cara (2):

Ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar.
Minum 2 kali sehari.



Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1