Makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
- Kacang
- Sayuran seperti brokoli
- Kobis
- Taugeh
- Bawang
- Asparagus
- Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
- Bijirin seperti roti gandum
- Minuman ringan dan jus buah
- Susu dan produk daripada susu dan keju
- Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
Petua melegakan angin dalam badan/kembung perut:
1 - Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.
2 - Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
3 - Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.
4 - Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan