Nuffnang Ads

Isnin, 16 Mei 2016

Petua Melicinkan Kulit Muka


Exfoliate ataupun terkelupas merujuk kepada proses sel kulit yang sudah mati terkelupas dari badan dan akan digantikan dengan sel kulit yang baharu.

Langkah ini adalah baik kepada anda kerana ia boleh menggantikan sel yang sudah rosak (penyebab kulit berkedut dan masalah kulit yang lain) dan mengembalikan keanjalan kulit muka, awet muda anda. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buat Skrub Muka (face scrub):

Jika anda tidak biasa dengan istilah face scrub, ia adalah merujuk kepada topeng sementara yang dipakai untuk tujuan kecantikan, mengembalikan kulit muka yang cantik. Terdapat banyak produk face scrub ataupun face mask dipasaran dunia mahupun tempatan.

Namun, anda tidak perlu berbelanja banyak duit untuknya kerana anda boleh membuat face scrub sendiri. Cara-caranya adalah:

Campurkan 3 sudu serbuk penaik (baking soda) ke dalam satu bekas.
Tuangkan air yang secukupnya untuk membentuk scrub, jangan terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.
Baking soda/powder akan mengeluarkan sebarang kotoran atau sel mati yang berada di bahagian muka anda.

2. Basahkan muka dengan air suam:

Sebelum anda menyapu scrub tersebut pada muka, anda perlu membasuh muka anda dengan air suam terlebih dahulu. Hal ini kerana untuk menanggalkan bakteria ataupun kotoran lain yang terdapat pada muka anda.

3. Gunakan exfoliant Pada Muka:

Sapukan exfoliant ataupun face scrub yang anda buat sebentar tadi secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka (dengan berhati-hati).

Pastikan anda menyapu pada tempat-tempat yang ketara/kritikal seperti dagu dan dahi. Namun, elakkan daripada menyapu pada tempat berhampiran mata.

4. Gosok Pada Permukaan Muka:

Setelah anda menyapu exfoliant tersebut, anda dikehendaki untuk menggosoknya dengan perlahan-lahan agar lapisannya sekata.

Selepas itu, anda digalakkan untuk membiarkan face scrub tersebut untuk seketika (antara 5-10 minit) agar baking soda/powder tersebut boleh bertindak balas dengan sempurna pada permukaan kulit.

5. Bilas dan keringkan muka anda:

Selepas itu, bilas muka anda dengan air yang bersih dan lap dengan kain yang lembut.




Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1