Nuffnang Ads

Isnin, 3 Ogos 2015

PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN

Cara 1:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 2:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 3:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 4:
Sental buah belimbing buluh masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1