Nuffnang Ads

Ahad, 30 Januari 2011

Senarai makanan yang bahaya kesihatan. Amat menakutkan




Kini masyarakat kita telah mula peka terhadap kesihatan dan makanan yang bahaya pada kesihatan. Memang menakutkan apabila membaca bermacam-macam keburukan makanan yang dimakan setiap hari. Ditambah lagi pelbagai penyakit yang dihidapi oleh golongan muda membuatkan kita lebih berwaspada.

Namun tahukah anda, kita telah menggunakan pelbagai makanan yang merbahaya pada kesihatan semenjak dulu lagi. Antara makanan tersebut seperti dibawah:

1. Ayam yang disuntik dengan hormon pembesaran
2. Kebanyakkan daging lembu telah ditambah dengan bahan pengawet dan pewarna
3. Ikan yang mengandugi PCB, sisa pencemaran dan air pengawet.
4. Beras yang di diputihkan dengan bahan kimia.
5. Buah import telah di sembur dengan air pengawet 5-7 kali agar tahan berbulan-bulan.
6. Roti mengandungi bahan kimia pelembut
7. Hampir kesemua makanan yang di bungkus mengandugi bahan pengawet.
8. Daun Teh yang kita minum mengandungi sisa racun serangga
9. Hidangan fast food mengandungi tahap trans fat yang tinggi
10. Kimia pada plastik boleh menyerap ke dalam makanan
11. Dan banyak lagi.

Semua ini bahaya kesihatan terutamanya pada organ-organ tubuh dan sistem peranakan kita.

Sebenarnya tubuh kita mempunyai sistem imun dan organ-organ yang berperanan membersihkan dan memulihkan kesihatan kita pada keadaan asal. Inilah menjadikan kita masih lagi sihat walaupun telah consume atau memakan makanan ini. Namun pemakanan yang berlebihan barulah boleh menjejaskan kesihatan kita dan merosakkan organ-organ di dalam tubuh kita.

Sama seperti sebuah mesin pembersihan di indah water. Ia berfungsi dengan baik jika kotoran yang masuk pada tahap terkawal. Tetapi jika kotoran yang dimasukkan pada kuantiti banyak dan berlebihan, sudah pasti mesin pembersihan tersebut akan overload dan rosak kerana tidak dapat menampung jumlah kotoran yang tinggi. Sama jugalah pada organ-organ di dalam tubuh kita.

Dan tahap bahaya sesuatu makanan ada tinggi dan rendah. Elakkan memakan makanan yang bahaya tahap tinggi.

Oleh itu cara terbaik menjaga kesihatan ialah memakan dengan sederhana dan tidak berlebihan. Ini semua sebenarnya telah diajar di dalam agama islam. Kita dilarang makan berlebihan, berhenti makan sebelum kenyang , mengisi 1/3 perut dengan makanan, 1/3 perut dengan air dan 1/3 perut dengan udara. Berapa ramaikah kita mengamalkannya.

Inilah sebenarnya salah satu punca ramai menghidapi penyakit.

Salah satu cara lagi meningkatkan kesihatan ialah dengan senaman. Senaman juga amat penting dalam meningkatkan kualiti organ dan sistem imun kita. Dengan senaman kita dapat mengeluarkan toksik-toksik di dalam badan melalui peluh. Ia juga mampu menguatkan otot, organ-organ dan kelenjar di dalam badan. Oleh itu lakukan sedikit senaman setiap hari bagi menguatkan sistem imun anda.

Kehidupan yang ceria juga sebenarnya meningkatkan kesihatan anda. Ia membantu peredaran darah dan pernafasan berfungsi dengan lebih baik. Elakan dari tekanan, kerana ia hanya menyebabkan ketegangan otot dan ketahanan sistem imun kita menurun. Dan seterusnya menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai penyakit.

Sebenarnya fikiran positif sangat membantu menceriakan hidup kita. Namun lebih ramai memilih untuk berfikiran negative. Nak tahu sebabnya. Itulah kerja syaitan-syaitan yang menghasut di sekeliling kita. Dari zaman Nabi Adam sehingga sekarang tidak mati-mati. Oleh itu berhati-hatilah dengan fikiran negatif.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1