Nuffnang Ads

Sabtu, 14 April 2012

Khasiat buah nanas dan daunnya


Buah nanas mengandung vitamin (A dan C), kalsium, fosfor, magnesium, besi, natrium, kalium, dekstrosa, sukrosa (gula tebu), dan enzim bromelain. Bromelain berkhasiat antiradang, membantu melunakkan makanan di lambung, mengganggu pertumbuhan set kanker, menghambat agregasi platelet, dan mempunyai aktivitas fibrinolitik.

Khasiat Buah Nanas lainnya yaitu kandungan seratnya dapat mempermudah buang air besar pada penderita sembelit (konstipasi). Daun mengandung calsium oksalat dan pectic substances.

Khasiat Buah Nanas:

Rasa mual di lambung,
Sembelit,
Radang tenggorok,
Menurunkan berat badan,
Beri-beri,
Keseleo, bengkak terpukul,
Darah mudah menggumpal (blood coagulation),
Aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah),
Menghambat pertumbuhan tumor,
Meningkatkan penyerapan (absorbsi) obat,
Terlambat haid, dan
Cacingan.

Cara Pemakaian :
Untuk obat yang diminum, jus 1/2-2 buah nanas ukuran sedang atau dapat juga diparut, lalu minum.Khasiat Buah Nanas.

Khasiat Buah Nanas untuk pemakaian obat luar, kupas buah nanas, lalu parut. Turapkan hasil parutannya pada bagian tubuh yang sakit, seperti membersihkan jaringan mati (debridement) pada luka bakar, ketombe, bisul, koreng, dan radang kulit (dermatitis). Cara lain, tumbuk daun nanas sampai halus, lalu balurkan pada luka bakar, bisul, dan gatal-gatal.Khasiat Buah Nanas

Contoh Pemakaian:
Cacingan
Kupas 1 buah nanas muda, lalu cuci sampai bersih. Selanjutnya, bilas dengan air masak, lalu parut. Peras clan saring hasil parutannya, lalu minumkan pada anak yang cacingan sedikit demi sedikit.

Keseleo, memar akibat terpukul
Kupas 1 buah nanas yang sudah masak, potong-potong, lalu dijus. Minum air yang terkumpul sekaligus.

Radang tenggorokan
Kupas 2 buah nanas yang telah masak, lalu cuci sampai bersih. Potong-potong, lalu dijus atau diparut. Selanjutnya, peras menggunakan sepotong kain bersih. Minum air perasan yang terkumpul, sehari 3 kali, setiap kali cukup 1/3 bagian.

Peradangan di kulit (dermatitis), ketombe
Sediakan 1/2 buah nanas yang telah masak. Kupas kulitnya, lalu parut. Hasil parutannya dipakai untuk menggosok kulit yang bersisik dan mengelupas, baik di kulit kepala atau bagian lain dari tubuh. Lakukan sekali sehari, malam sebelum tidur. Keesokan paginya baru dicuci bersih. Lakukan setiap hari.

Ketombe
Sediakan 1/4 buah nanas masak. Kupas kulitnya, lalu parut, peras, dan saring. Tambahkan air perasan 1 buah jeruk nipis dan aduk sampai rata. Gunakan ramuan ini untuk menggosok kulit kepala yang berketombe. Lakukan malam sebelum tidur. Keesokan paginya rambut dikeramas. Lakukan 2-3 kali dalam seminggu.

Menurunkan berat badan
Kupas 1 buah nanas yang tidak terlalu matang, lalu cuci sampai bersih. Potong-potong, lalu dijus atau diparut. Selanjutnya, peras menggunakan sepotong kain bersih dan air perasannya langsung diminum sekaligus. Lakukan 2 kali sehari.


Sembelit
Kupas 3 buah nanas yang belum masak, lalu cuci sampai bersih. Selanjutnya, jus atau parut, lalu peras. Minum air perasannya setelah makan, sehari 2 kali, masing-masing cukup 1/2 gelas.
Beri-beri
Kupas 2 buah nanas yang sudah masak, lalu cuci sampai bersih. Selanjutnya, jus atau parut, lalu peras. Minum air perasannya sekaligus. Sebaiknya diminum pagi atau siang hari sesudah makan.

Luka bakar, gatal dan bisul
Cuci daun nanas sampai bersih, lalu tumbuk sampai halus. Balurkan pada bagian yang sakit.
Rasa penuh di lambung karena pencernaan terganggu
Minum jus nanas 3 kali sehari masing-masing 3/4 gelas (150 cc). Lakukan 1/2 jam sebelum makan.

INGATAN:

Ibu hamil dilarang minum perasan buah nanas muda.
Buah nanas di dalam saluran cerna difermentasi menjadi alkohol yang dapat menimbulkan kambuhnya rematik Gout.

Penderita kencing manis (diabetes mellitus) dianjurkan untuk membatasi dalam mengonsumsi buah nanas karena kandungan gula buah yang masak cukup tinggi.

Ahad, 1 April 2012

Khasiat cendawan susu Harimau


Mencari bukan kerja mudah, ini kerana anda perlu menyelinap ketengah hutan belantara yang menjadi tempat harimau berkeliaran. Itulah CENDAWAN SUSU HARIMAU yang dipercayai dalam amalan perubatan tradisional.

Namanya sudah cukup menggerunkan. Ini bukan cendawan biasa yang boleh ditemui dimana-mana pasar basah atau pasar tani.

Menurut pakar perubatan tradisional, ia tumbuh dari titisan susu harimau yang tercicir ketika menyusukan anak.

Khasiat susu harimau boleh mengubati barah dan juga kanser payu dara.

Cara menggunakanya hendaklah mengasah pada pasu dan dibasahkan dengan sedikit air dan diminum jika diamalkan seminggu 3 kali, Insyaallah akan meredakan kesakitan dan menyembuhkan penyakit tersebut pada kesesuaian tahap penyakit tersebut.

Makluman : Cendawan Susu Harimau yang asli sangat keras macam batu.

Sabtu, 17 Mac 2012

5 Petua dan Penawar Penyakit



Penawar Pecah Bibir Mulut Atau Lidah Dengan Sebab Tergigit:

Ambil getah pokok sena yang berwarna merah, kemudian bubuh ke tempat yang pecah. InsyaAllah dalam dua hari akan sembuh.

Petua Membuang Kaca Dalam Kaki:

Ambil bubur nasi yang panas dan letak di tempat yang luka kemudia tutup dengan daun sireh dan balut. Ulang selama 5 hari. Nanah akan akan keluar berserta kaca tersebut.


Petua Membuang Duri Dalam Kaki:

Untuk membuang duri di dalam kulit, ambil seulas bawang merah lumurkan dengan minyak kelapa ( minyak masak) kemudian bakar hingga hangus dan tampalkan pada tempat yang luka.

Petua Mengubati Penyakit Barah Darah (Leukemia):

Pokok Kemunting Cina menghasilkan Alkaloid Vinblastina dan Vinkristina yang boleh mengubati penyakit barah.

Ambil 20 gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yang sudah dijemur dan rebuskannya. Minum airnya 2 kali sehari dan lakukan sedemikian sehingga sembuh.

Penawar DEMAM KUNING:

Ambil segenggam daun dari pohon Dokong Anak (seperti daun duri kemang yang tumbuh di atas padang di kenali dengan nama daun Tiking). Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak (air mati) yang suam ke dalamnya dan campurkan sedikit garam. Minumlah air tersebut segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu petang. Insya Allah dalam masa dua minggu penyakit tersebut akan hilang.

Rabu, 7 Mac 2012

Petua Halau Siput Babi


Siapa yang gemar tanam pokok bunga kat sekitar rumah tentu sedar masalah Siput babi. Sekali-sekala akan kelihatan siput ini tanpa diundang. Kalau dibiarkan hmm… alamatnya lepas tu dia panggil kekawannya yang lain datang berkampung pada pokok bunga kita yang kita tanam.

Tapi apa nak buat, sudah menjadi lumrah kejadian siput macam itu.

Siput ini memang suka tempat-tempat yang teduh menghijau dan lembap. Tambah pulak kalau musim hujan, makin menjadi-jadi lah kedatangannya.

Bagi sesiapa yang sudah tak tahan nak ‘melayan’ kerenah siput babi yang sering merosakkan tanaman, ada satu petua yang boleh dicuba.

Caranya ialah dengan menabur serbuk kayu atau serbuk gergaji pada sekitar daun dan batang pokok. Dengan berbuat demikian, insyaAllah, siput babi akan ‘hilang selera’ untuk mendekati pokok tanaman kita.

Kalau tak percaya, cuba taburkan sedikit serbuk kayu pada siput babi… tidak senang duduk ia dibuatnya. bila dah selesai eksperimen ini jangan lupa pula bersihkan semula siput itu dari kotoran serbuk yang kita tabus tadi.. kesian pula siput tu…

Rabu, 29 Februari 2012

Khasiat Susu Kambing



Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam

1. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
2. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Alahan Laktosa

1. Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
2. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali

1. Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
2. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

1. Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
2. Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
3. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
4. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
5. Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Selasa, 14 Februari 2012

Gejala 'Penyakit Keputihan' dan mencegahnya


Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.

Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya.

Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja.

Terdapat cara tambahan untuk mencegah keputihan wanita. Antaranya;

~ Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.

~ Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.

~ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

~ Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

~ Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.

Soal Jawab/Pertanyaan:

Soalan:
Dokter, kenapa ya sudah dua bulan ini saya setiap hari keputihan? Keputihannya banyak, berbau, dan gatal? Apakah ada yang salah dari pola makan saya? Karena keputihan tersebut saya juga jadi terlambat haid.

Jawaban:
Keputihan dapat disebabkan oleh berbagai hal, antara lain:
Infeksi
* Bakterial, karena penggunaan alat kontrasepsi spiral atau IUD, melakukan hubungan seksual dengan banyak pasangan, dan lain-lain. Biasanya ditandai dengan keputihan yang tipis, warna putih keabuan, dan berbau amis.

* Infeksi jamur candida, biasanya dipicu oleh faktor luar dan dalam diri sendiri seperti kehamilan, obesitas, pil KB, daya tahan tubuh yang menurun, iklim yang panas dan lembab, serta obat-obatan steroid, antibiotik, diabetes. Keluhan keputihan biasanya berwarna putih cair seperti krim, berbau, dan gatal.

* Parasit, biasanya Trichomona vaginalis, yang terjadi karena penyakit hubungan seksual atau kontak dengan tempat duduk toilet atau kertas tissue yang sudah tercemar parasit ini. Tandanya lendir yang cair berwarna putih kekuningan, tebal, berbusa, dan berbau.
* Infeksi virus, disebabkan karena penyakit hubungan seksual dan dianggap sebagai pencetus kanker mulut rahim.
* Kebersihan vagina yang kurang, membilas vagina dari arah yang salah, yaitu dari arah anus ke arah depan vagina.
* Memakai pakaian dalam yang ketat dari bahan sintetis.
* Tidak menjalani pola hidup sehat, seperti makan tidak teratur, tidak pernah olahraga, istirahat kurang, stres, dan lain-lain.

Ada beberapa tips diet yang dapat Anna lakukan untuk mencegah keputihan:
* Lakukan diet lengkap dan seimbang dengan mengonsumsi cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, dan serat. Konsumsi gula sebaiknya tidak berlebihan, dianjurkan sekitar 10 persen dari kebutuhan kalori total sehari.
* Tidak mengonsumsi susu ataupun produk susu secara berlebihan, konsumsilah sesuai kebutuhan. Banyak orang yang sebenarnya peka terhadap susu tanpa pernah menyadarinya.

* Pertahankan daya tahan tubuh dengan mencukupi kebutuhan antioksidan, vitamin, mineral, maupun makanan fungsional seperti probiotik, perbiotik, omega 3, dan lain sebagainya.
* Bagaimana dengan nanas, mentimun, dan bengkoang? Secara kandungan nutrisi, tiga buah tersebut memang tidak menyebabkan timbulnya keputihan. Namun mereka yang peka terhadap ketiga makanan di atas dapat mengalami sekresi vagina yang berlebihan. Jika ditunjang dengan higienitas yang kurang baik maka sangat mudah memicu timbulnya keputihan.

Jika keputihan masih terus timbul, alangkah baiknya jika memeriksakan diri pada dokter kandungan dan ginekolog terdekat, agar dapat diketahui penyebab utamanya, dan dapat segera diobati.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1