Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Jun 2012

Petua Melegakan Bengkak Gusi



Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.

b. Kurang menjaga kebersihan mulut.

c. Diabetes.
d. Tabiat merokok.
e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).

Petua melagakan bengkak gusi:
1. Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan air rebusan yang telah suam buat berkumur.
Lakukan 3 kali sehari, insyaalah bengkak akan pulih.

2. Kumor air garam.. ni petua orang lama.. kalau berkesan Alhamdulillah.

3. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.

Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.

Lepas itu, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.

Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.

Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.

Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.

Kemudian, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.

Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1