Nuffnang Ads

Selasa, 22 Mei 2012

Panduan Dan Bagaimana mengatasi bayi kembung perut



Bayi kembung perut biasanya menangis disebabkan oleh angin kolik atau perut masuk angin .
Bagaimana mengenal pasti bayi kembung perut

Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.

Apakah penyebab kembung perut bayi anda?

Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu. Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.

Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan.
Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.

Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi. Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Berapa ramai bayi yang mengalami masalah perut kembung?

Setiap 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah simptom kembung perut pada bayi anda?

Bayi akan menangis sepanjang hari sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Kedua belah kakinya ditarik ke perut dan tangannya dikepal-kepal.

Adakah masalah perut kembung boleh menyebabkan masalah penyakit lain?

Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Walaupun begitu, anda akan rasa tertekan jika bayi anda meragam dan menangis sepanjang hari dan berhari-hari disebabkan masalah angin perut.

Anda terlalu kecewa dan risau apabila melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah mengatasi kembung perut bayi?

Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas.
Rawatan khusus untuk perut kembung tidak khusus. Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung. Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah.

Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah.
Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat.

Bila patut rujuk masalah kembung perut bayi kepada doktor?

Tangisan bayi anda seakan-akan dalam kesakitan Ada simptom-simpton la in seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda tiba-tiba demam.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah perut kembung bayi?

Kaedah penyusuan susu botol mestilah betul. Gunakan saiz puting yang sesuai. Sendawakan bayi anda apabila selesai menyusu.

Kembung perut bayi atau perut masuk angin merupakan masalah perut yang tidak daratkan. Kembung perut bayi adalah masalah yang mencabar dan memerlukan kesabaran anda.

Diagnosa bayi kembung perut amat penting untuk mengelakkan penyakit-penyakit lain yang bahaya.

Selasa, 8 Mei 2012

Petua Menghitamkan Rambut



Rambut adalah mahkota perempuan..ingin tahu bagaimana untuk memiliki rambut yang lebat & hitam secara semulajadi?

senang sahaja petuanya:

Ambil pokok lidah buaya @ aloe vera, buang kulitnya dan ambil  bhgn isi dalamnya..aloe vera ni depercayai boleh menghitamkan rambut.

Selepas itu, ambil santan asli & dikisar bersama aloe vera tadi..santan pula dikatakan boleh menghitamkan rambut juga.
lumurkan hasil kisaran dirambut dan pastikan disapu sampai kena sekali kulit kepala..biarkan dalam setengah jam.

Kemudian, lepas tu cuci rambut macam biasa..amalkan petua ini sampai 2-3 kali seminggu.

Selepas itu, anda pasti akan dapat melihat perubahannya.

Selamat mencuba.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1