Nuffnang Ads

Jumaat, 9 April 2010

Khasiat Cendawan



Di Malaysia kini hanya ada 10 orang pakar cendawan, sekiranya bilangannya lebih ramai, ia mungkin dapat merancakkan ekonomi negara dan tidak semata-mata bergantung kepada import cendawan dari China.

Bayangkan di China sahaja terdapat lebih 100 pusat penyelidikan cendawan.

Negara kita hanya mengeluarkan 24,000 kilogram cendawan sedangkan permintaan sebenarnya ialah 50,000 kg.

Jika penanaman cendawan dapat dikomersialkan lagi kita tidak perlu mengimportnya. Selain itu, penambahan pusat penyelidikan baru mungkin dapat menghasilkan penemuan baru khasiat cendawan.

Asal cendawan cukup unik. Ia dikatakan ditemui oleh penduduk desa Perancis sebagai sumber makanan dan perubatan pada ratusan tahun dahulu. Mereka menanamnya di gua kerana tumbuhan itu memerlukan suhu yang lembap dan sejuk.

Malah rekod sejarah awal China menunjukkan cendawan digunakan untuk perubatan tradisional dan pada lukisan klasik China. Alat kebesaran maharaja turut mempunyai corak cendawan.

Cendawan sebenarnya mempunyai banyak khasiat dari sudut perubatan.

Ia mampu memulihkan penyakit batuk, merawat gastrik dan mengawal tekanan darah kerana ia kaya dengan zat besi, mineral dan amino serta antioksida.

Kini dianggarkan terdapat 15,000 jenis cendawan daripada 1.5 juta kulat yang wujud. Tetapi terdapat ratusan ribu lagi yang belum ditemui dan tidak mempunyai nama.

Menyentuh mengenai komersialisme cendawan pada masa hadapan, tidak mustahil terdapat aiskrim cendawan dan coklat cendawan yang dijual di pasaran.

Jika sekarang terdapat minuman cendawan dalam tin, tidak mustahil tidak lama lagi kanak-kanak dapat merasai kelazatan aiskrim cendawan.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1