Nuffnang Ads

Jumaat, 26 Februari 2010

Khasiat Temulawak



Temulawak (Curcuma Xanthorrhiza Roxb) merupakan tumbuhan tahunan yang hidup merumpun dan berbatang semu berupa gabungan beberapa pangkal daun yang terpadu. Tiap batang memiliki 2-9 helai daun, bunganya berukuran pendek dan lebar, warna putih atau kuning tua dan pangkal bunga berwarna ungu.

Temulawak berkhasiat untuk mencegah dan mengatasi beraneka macam penyakit. Berbagai khasiat dari temulawak, antara lain, gangguan lever, mencegah hepatitis, meningkatkan produksi cairan empedu, membantu pencernaan, mengatasi radang kandung empedu, radang lambung dan gangguan ginjal.

Selain itu, temulawak juga bisa menurunkan kadar kolesterol tinggi, anemia/kurang darah, melancarkan peredaran darah, gumpalan darah, malaria, demam, campak, pegal linu, rematik, sakit pinggang, peluruh haid, keputihan, sembelit, ambeien, menambah nafsu makan, batuk, asma, radang tenggorokan, radang saluran nafas, radang kulit, eksim, jerawat, meningkatkan stamina, radang kandung empedu dan batu empedu.

1. Untuk gangguan lever, gunakan 25 gr temulawak dan 30 gr daun serut/mirten direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, saring dan airnya diminum selagi hangat.

2. Pada radang sendi, rematik, pegal linu, ambil 25 gr temulawak berikut 20 gr jahe merah direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

3. Untuk peluruh haid, gunakan 25 gr temulawak diblender dengan air secukupnya, saring lalu tambahkan madu secukupnya dan diminum.

4. Bila sakit radang kandung empedu, gunakan 30 gr temulawak diiris-iris lalu direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

5. Untuk mengatasi batu empedu, gunakan 25 gr temulawak, 30 gr meniran dan gula aren secukupnya direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

6. Menurunkan kadar kolesterol tinggi, gunakan 20 gr temulawak kering ditumbuk halus lalu diseduh dengan air panas secukupnya dan diminum hangat-hangat.

7. Mengatasi masalah radang lambung, gunakan 30 gr temulawak dipotong kecil-kecil lalu direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, saring dan airnya diminum.

8. Mengobati batuk dan radang saluran nafas, gunakan 25 gr temulawak diparut, tambahkan air matang secukupnya, saring lalu tambahkan madu secukupnya dan air perasan 1 buah jeruk nipis, kemudian diminum.

9. Untuk meningkatkan nafsu makan, ambil 25 gr temulawak, 10 gr asam jawa dan gula merah secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, saring dan diminum.

Lakukan resep ini dua kali sehari secara teratur. Sedangkan, untuk penyakit berat/serius disarankan untuk tetap konsultasi ke dokter.

#kiriman :
Sumiyanti Indonesia - terima kasih ->admin's

Khamis, 18 Februari 2010

Khasiat Lidah Buaya



Lidah buaya (AloeVera)

Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.

Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.

Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo dan sebagainya.

Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.

Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.

Rabu, 10 Februari 2010

Petua Meredakan Batuk & Sakit Tekak



Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:

KERAK NASI:

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

BUAH PISANG:

2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

SAYUR PEGAGA:

3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.


MADU LEBAH:

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

(2)

Mengurangkan Batuk

Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Merawat Sakit Tekak;

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Jumaat, 5 Februari 2010

Ulam Raja Tingkatkan Pengaliran Darah



Ulam raja
Cosmos caudatus
Famili: Compositae

Ulam raja adalah herba semusim, berasal dari Amerika Tropika. Orang Sepanyol memperkenalkan herba ke Filipina, Indonesia dan Malaysia.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulam raja tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu. Herba ini semakin popular sebagai ulam. Pucuk atau daunnya yang muda dimakan sebagai ulam dan biasanya digaul atau dicolek dengan sambal udang kering atau kelapa di samping nasi.

Ulam raja juga dicampur dengan pucuk ulaman lain sebagai ramuan nasi ulam atau nasi kerabu. Sebagai sayuran tradisional, herba ini dimasak lemak atau dicelur.

Masyarakat desa mengenali Ulam raja sebagai ubat dan amalan memakan ulam ini dikatakan dapat membersihkan darah dan menguatkan tulang.

Secara kebetulan, Ulam raja mengandungi khasiat makan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 93.1 g, protein 3 g, lemak 0.4 g, karbohidrat 0.6 g, serat 1.6 g, kalsium 270 miligram (mg), fosforus 37 mg, ferum 4.6 mg, natrium 4 mg, kalium 426 mg, karotena 3568 ug, vitamin A 595 ug, vitamin B1 0.13 mg, vitamin B2 0.24 mg, niasin 0.2 mg dan vitamin C 64.6 mg

Ulam raja mudah dibiakkan dengan cara menyemai biji benih. Biji yang cukup masak boleh disemai terus ke batas. Ulam raja sering ditanam di sekitar rumah. Herba ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan jagaan yang rapi.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1