Nuffnang Ads

Isnin, 28 Disember 2009

Penawar Cirit Birit



BUAH NONA

Famili : Annonaceae

Nama Latin : Annona reticulata

Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa

Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah seperti Indies Barat. Ia dibawa ke Timur pada waktu yang sangat awal, kemungkinan di bawa dari Spaniards dan kini ia telah membiak dan di jadikan tananman di Timur seperti di negara Indonesia dan Malaysia.

Ciri- ciri fizikal :

Ia mempunyai batang yang berpokok dimana tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia terluka atau lebam. Daunnya berbentuk bujur dan agak lembik di hujung tepinya manakala bunga adalah dalam "short inflorescences". Buahnya berbentuk seperti sfera, berdiameter 5-12 cm. Isinya bewarna putih kotor. Ia mempunyai biji yang bewarna coklat kehitaman. Pokok Nona mudah dikenali dimana buahnya hampir menyerupai buah Srikaya. Buahnya bewarna coklat kemerahan. Di beberapa tempat ia dikenali sebagai Srikaya biru hijau, berbintil-bintil dan buah Sirsak berduri; dengan rasa yang sangat sedap dan spesifik.

Nilai Ubatannya :

kulitnya boleh digunakan sebagai astrigen (ubat yang boleh mengecutkan kulit) yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit diarrhoea (cirit- birit) dan dysentry (cirit-birit berdarah). Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Bagi kegunaan luaran pula, kulitnya boleh menjadi penawar demam yang tiba-tiba serta untuk melawaskan pundi kencing. Daunnya adalah ubat untuk merawat bisol. Bijinya juga mempunyai nilai ubatan dimana ekstrak bijinya juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit. kulitnya mempunyai tannin (asid yang diperolehi daripada beberapa jenis pokok dan digunakan untuk menyamak kulit) dan Alkaloid Anonaine (juga boleh didapati pada kulit Srikaya). Akarnya adalah beracun dan mungkin boleh membawa maut kepada manusia. Daunnya mengandungi getah toksik yang boleh bertindak seperti dadah. Kulitnya mengandungi dua alkaloid iaitu Murinine dan Muricine, manakala bijinya juga mengandungi alkaloid dan daunnya mempunyai minyak perlu, Resin potasium klorida, tannin dan sedikit alkaloid.

--------------------------------------------------------------

Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Ar-Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: “Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang ber- dusta.” Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.
(Bukhari dan Muslim)


-----------------------------------------------------------------

Bagi menghilangkan cirit-birit:

1. Petik pucuk buah jambu batu.

2. Kemudian, kunyah pucuk itu hingga lumut dan terus telan.

-------------------------------------------------------------------

Rabu, 23 Disember 2009

Khasiat Budu


Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram untuk setiap 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Sabtu, 19 Disember 2009

Penawar gigitan binatang berbisa






Penawar gigitan lipan:

dapatkan lipan yang menggigi itu dibunuh dan dibakar kemudian ambil abunya disapu pada tempat yang terkena gigitan itu..

Lada Putih Ubati Bisa Gigitan Lipan


Ambil beberapa biji lada putih kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak, gaul sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan Insya-Allah bisa gigitan lipan akan berkurangan.


Penawar jika dipatuk ular

Ramuannya;
bawang putih dan madu lebah.
Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.


Panawar racun dan sengatan binatang berbisa

Ramuannya;
madu lebah dan minyak sapi atau kambing.
Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.



Penawar gigitan anjing gila

Ramuannya;
daging siput dan madu lebah.
Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.
Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.


PENAWAR SENGAT TEBUAN

Sapu kapur sireh dan juga minyak kayu kapur.
bengkak surut cuma rasa gatal saja semasa proses peyembuhan.

note. kalau ada kemudahan simpan lah minyak kayu kapur dan kapur sireh dirumah utk kegunaan gigitan serangga yg tidak serius.
kalau serius kenalah ke rumah sakit.

Ahad, 13 Disember 2009

Khasiat buah epal


Kelazatan buah epal sememangnya diketahui umum. Malahan, jusnya juga amat digemari. Khasiat buah epal hijau lebih berkait rapat dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan. Epal hijau maupun epal merah, kedua-duanya sama penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.

Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak-kanak yang memakan makan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya mengimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Cara-cara terbaik mengolah buah epal


1) Basuh buah epal dan potong kepada 2 bahagian

2) Buang hujung di kedua-dua bahagian secara V.

3) Potong buah epal kepada 4 bahagian. Lakukan teknik yang sama untuk sebahagian epal yang lagi
satu.

4) Buangkan pula bahagian tengah buah epal yang mengandungi biji.

5) Perahkan lemon dan dapatkan jus sebanyak 1/4 mangkuk. Campurkan dengan air sejuk.

6) Rendamkan kesemua buah yang telah dipotong selama 15 minit, kemudian toskannya.

7) Potongan buah epal sedia dihidangkan tanpa cela.

perhatian:

Pastikan anda menggunakan pisau bermata tajam untuk memotong sayur dan buah-buahan. Pisau yang tumpul atau rosak akan menyebabkan lebih cepat kerosakan pada buah atau sayur yang dipotong. Seelok-eloknya guna pisau pemotong buah dan elakkan untuk memotong bahan mentah lain.

Khamis, 10 Disember 2009

Rawatan Refleksi


Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia ’selamat dan mudah’, sebab tak perlu makan sebarang ubat, boleh dilakukan tak kira orang tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sikit la semasa diurut. Tapi sebenarnya rasa sakit itu tandanya ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda

Maksud Titik Refleksi

Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.


Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.


Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Info yang perlu diketahui

-Sebenarnya apa yang saya kongsikan tadi hanya asas sahaja, bagi yang lebih ‘advance’, urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali dan sekitar betis. Tapi saya bukan pakar dalam bidang ni untuk menceritakan tahap ‘advance’ tersebut.

-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini. Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung, paru-paru dan juga sakit hati…oopps tidak…sakit hati tak boleh diubati dengan kaedah ini.

-Penyakit yang tak boleh disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.

-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

# Panduan:

gambar tapak kaki diatas menunjukan dimana urat saraf yang berkaitan ditempatkan misalnya... sekiranya anda sakit tulang belakang urutlah ditepi kaki sebelah dalam begitulah selanjutnya.

Isnin, 7 Disember 2009

Penawar Darah Tinggi



Seorang sahabat saya menurut pengalaman keluarganya pernah mengamalkan bahan dibawah ini untuk penawar darah tinggi dan terbukti berkesan.


Petuanya mudah saja. Anda cuma perlukan:

Sebatang lobak merah

  • 1/3 atau 1/4 batang lobak putih (jika terlalu banyak rasanya agak pahit)

  • sebiji timun
Bersihkan. Buang kulitnya jika mahu, tambah sedikit air dan kisar. Minum setiap hari.

Bagi yang tidak suka minum jus atau makanan yang dikisar, mungkin boleh dijadikan ulam atau dihiris dan digaulkan dengan makanan lain bagi menambah selera (sebagai alternatif).

Menurut sahabat saya itu , doktor perubatan yang memeriksa ayahnya sedikit hairan apabila mendapati penyakit darah tingginya hilang begitu saja.

Apapun, tidak rugi untuk mencubanya walaupun kita tidak mempunyai sebarang penyakit. Ketiga-tiganya kaya dengan vitamin dan serat. Tambahan pula, mencegah jauh lebih baik dari mengubat.


Selasa, 1 Disember 2009

Keistimewaan Kulit Belangkas


DI kalangan masyarakat tempatan, belangkas popular sebagai makanan eksotik, manakala kulitnya yang mempunyai bentuk menggerunkan dibuang atau dijadikan bahan hiasan oleh segelintir pengusaha kraftangan.

Penemuan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuktikan kulit haiwan yang dianggap tidak berharga itu mempunyai khasiat chitosan, sekali gus berpotensi dibangunkan untuk industri farmaseutikal.

Penyelidiknya, Kamaliah Kasmaruddin, berkata chitosan bukan saja berupaya menyerap lemak bagi melangsingkan badan, malah turut berciri antimikrobial dan antibakteria yang membolehkan ia merawat luka serta mempercepatkan proses pertumbuhan sel baru.

Katanya, pemilikan cas positif tinggi juga membolehkan serbuk chitosan terhasil daripada kulit makhluk yang dikatakan wujud lebih 250 juta tahun lalu itu, digunakan sebagai sel bateri serta membuang logam berat bagi loji perawatan air.

Penyelidikan berkenaan juga, katanya, membuktikan kulit belangkas sebagai sumber chitosan terbaik kerana ia dapat menghasilkan bahan itu pada kadar lebih tinggi serta kandungan abu rendah, sekali gus mengelakkan kewujudan logam berat tinggi dalam penghasilannya.

“Kajian ini dijalankan dengan memanfaatkan kulit belangkas laut dan bakau yang banyak dibuang pengusaha restoran bersaiz antara 15 sentimeter hingga satu meter.

“Kulit bersaiz besar berupaya menghasilkan chitosan pada kadar lebih tinggi, iaitu 19 peratus berbanding sumber lain seperti ketam dan udang, masing-masing pada kadar 14 hingga 18 peratus saja.

“Kandungan abu yang rendah, iaitu kurang satu peratus juga membuktikan sumber chitosan daripada kulit belangkas ini paling selamat dan mesra alam kerana tidak mewujudkan banyak logam berat,” katanya ketika ditemui pada Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2009, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi mengekstrak chitosan, Kamaliah berkata, kulit belangkas dijemur, dikeringkan menggunakan ketuhar, dikisar serta ditapis sebelum melalui tiga proses tindak balas kimia, iaitu penyahproteinan, penyahmineralan serta tekanan dan suhu tinggi menggunakan mesin khas.

“Bagi proses kimia pertama dan kedua, serbuk kulit belangkas masing-masing dicampur dengan natrium hidroksid dan asid hidroklorik sebelum dijemur sementara peringkat ketiga ia dicampur natrium hidroksid pekat sebelum diletak pada tahap tekanan angin 15 psi dan suhu 121 celcius,” katanya.

Beliau berkata, selain dalam bentuk serbuk yang sesuai digunakan untuk loji perawatan air, ia boleh dijadikan pil atau cecair sebagai produk farmaseutikal serta kepingan untuk menghasilkan bateri dan merawat luka.

Katanya, produk yang dihasilkan menerusi penyelidikan Alternative Biosource from Horseshoe Crab Carapace itu diselia pensyarah Institut Akuakultur Tropika UMT, Dr Zaleha Kassim.

“Selain menarik minat sebuah syarikat farmaseutikal yang mempunyai cawangan di United Kingdom, produk ini turut memenangi anugerah perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2009,” katanya.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1